Pabila lelaki yang dari azalinya hanya mempunyai satu nafsu iaitu seks tetapi menolak untuk seks, apa sebabnya? Ketahuinya di rencana ini.
Gambar : shutterstock
Hubungan seks dalam ikatan rumah tangga yang sudah terjalin sah pastinya menyerikan rumah tangga. Bahkan ia diwajibkan dalam perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin, hubungan seks boleh menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang antara suami dan isteri.
Si isteri wajib melayan sauami biarpun sering kali kita terdengar isteri bersikap dingin di kamar tidur, pelbagai alasan diberikan seperti penat, tidak sihat juga situasi diri yang tidak membenarkan seperti datang bulan dan hamil.
Namun, apakah pula alasannya pula jika seorang suami menolak hubungan seks dengan isteri? Jika ini berlaku, maka pelbagai soalan yang bermain di minda si isteri. “Apakah saya ada membuat kesalahan?” “Mungkinkah dia ada orang lain di hatinya?” Sudah pasti soalan-soalan ini terungkai secara automatik di fikiran.
Bawa bertenang. Take a chill pill. Kerana ada beberapa sebab munasabah kenapa suami menolaknya dan mungkin anda juga boleh menjadi salah satu dari penyebabnya.