Stres
Terlalu stres dengan bermacam ragam hal di tempat kerja membuatkan suami hilang mood dengan siapa pun termasuk isteri. Bagi lelaki, apabila mereka stres tentang kerja, fikiran mereka akan tidak henti memikirkannya dan mulalah berfikir secara negatif di mana kariernya tidak akan pergi jauh dan sekali gus menolak seks dengan isteri. Bagi isteri jalan yang anda boleh buat adalah cuba mengajaknya untuk berbincang jika dia memerlukan pertolongan tetapi cari masa yang sesuai untuk bercakap tentangnya, jika tidak lain jadinya.