Tahap Testosterone Rendah
Jika dilihat secara saintifik tentang tubuh badan dalaman lelaki, selalunya lelaki yang sudah hampir mencecah umur 40-an tahap testosteron dalam tubuh badan akan mula menurun. Jika ini berlaku masa demi masa, lelaki akan mula hilang keinginan untuk melakukan seks. Namun kadang kala lelaki boleh kehilangan testosteron secara mendadak. Kondisi ini boleh dikaitkan dengan andropaus yang juga boleh mengakibatkan kurang tenaga, mudah tertekan dan hilang nafsu seks. Jika ini berlaku, si isteri hendaklah mengajaknya untuk membuat pemeriksaan pakar dan pinta nasihat dari mereka untuk masalah tersebut.