Terlalu penat
Ada masanya apabila suami mengatakan yang dia terlalu penat jadi itu menandakan yang dia tidak mahu untuk melakukan seks. Jangan mudah kecil hati apabila suami mengatakannya kerana penat kerana mungkin memang benar apatah lagi apabila penat pulang dari kerja seharian dan sehingga tiada daya fizikal untuk melakukan hubungan seks. Elakkan dari terus melenting jika suami menolaknya sebab penat kerana masalah seks dalam rumah tangga juga adalah salah satu punca yang membawa kepada penceraian.