Kesinambungan perjalanan dalam memartabatkan fesyen Malaysia ke arah yang lebih baik, Andrews Models sekali lagi merencanakan ‘penemuan’ pereka dalam mencipta rekaan yang lebih kini. Membawa tema The Runway Collection, minggu fesyen yang dilangsungkan selama lima hari bermula dari 18hb hingga 22hb Jun di pusat membeli belah Pavilion.
Barisan pereka antaranya Syaiful Baharim, Rizman Ruzaini, Khoon Hooi, Tom Abang Saufi by Iman dan Joe Chia, masing- masing mempunyai arah tuju rekaan yang tersendiri namun punya matlamat dan visi yang sama yakni pembaharuan dalam industri fesyen tanah air.
Gambar & video: KLFW