Oleh : Khairul Abidin Ishak
Setiap wanita pasti ada satu gincu dalam warna selamat yang akan dicalit pada bibir setiap hari. Rata-rata senang memilih rona nude dan sebarang warna dalam ton merah jambu kerana ton-ton sebgini bersifat fleksibel dan tidak terlalu menjerit bila digayakan.
Tapi jika ada majlis-majlis tertentu takkan mahu bergincu yang sama. Bosan! Jadi saya sarankan setiap wanita ada satu warna gincu yang bold, yang boleh menyuntik kesegaran apda wajah serta-merta. Satu warna yang anda tak mahu menggayakannya setiap hari, yang anda akan pakai kala ke majlis tertentu dan bila orang melihat mereka sedar yang kamu nampak berbeza.
Jadi, warna apa yang mahu saya sarankan? Tak mungkin merah kerana bagi saya merah sudah boleh dikelasfikasikan sebagai warna yang kerap digayakan. Begitu juga dengan maroon, warnanya saya fikir agak overrated hari ini.
Saya cadangkan jika mahu mencari warna gincu baru, pilihlah oren. Warnanya hangat musim ini. Ramai selebriti yang memilih kelompok ton ini kala ke majlis-majlis istimewa. Jingga atau oren bersifat segar. Kadang-kadang kalau betul pilihan ton nya kulit pun boleh mampak lebih cerah. Dari segi teksturnya pula, saya sarankan pilih yang sedikit lembap, bukan matte. Warna-warna bold begini memang cantik dalam tekstur pusam tapi ia membuatkan bibir jelas kelihatan kering.
Dan selalunya bila kamu sudah menyalutkan bibir dengan gincu jingga, solekan apda bahagian lain tidak perlu dilebihkan. Mata cukup sekadar digarisi penggaris mata dan ditemani dengan maskara. Pipi pula cukup sekadar dilayangkan sedikit bronzer. Nah, kamu sudah sedia untuk menyerlah di majlis istimewa. Untuk anda, kami kongsikan gaya solekan selebriti yang memilih gincu oren sebagai fokus solekan mereka.
Jessica Alba
Kate Bosworth
Kendall Jenner
Taylor Swift