Mia Ahmad memaklumkan yang dirinya bakal menamatkan zaman bujang bersama penjaga gol pasukan JDT, Izham Tarmizi Roslan.
Aktres jelita ini berkongsi berita tersebut kepada media yang menemuinya di sidang media Anugerah Skrin 2016 semalam. Katanya dia sudah cukup bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Mia turut memberitahu yang mana mereka sudah pun berjumpa dengan keluarga masing-masing dan akui yang dia selesa setakat ini. Namun, Mia belum lagi menetapkan tarikh untuk majlis pernikahannya itu nanti kerana dia tidak sukakan majlis pertunangan.
“Saya tak suka tunang, terus berkahwin sahajalah,” ujarnya kepada Rotikaya.
Bagi Mia, dia tiada sebarang halangan untuk melangsungkan majlis akad nikah tersebut tetapi harus mengikuti jadual Izham yang dikatakan cukup padat sehingga hujung tahun ini kerana mempunyai banyak perlawanan bola.
Tahniah buat Mia Ahmad dan Izham! Semoga segalanya berjalan dengan lancar.