Selepas membatalkan konsertnya di tiga negara, Mariah Carey pula dikhabarkan putus tunang.
Tampaknya bintang yang digelar ‘The Voice’ ini menjalani minggu yang kurang baik untuknya minggu ini. Mariah Carey menjalani minggu ini dengan penuh drama, biarpun gambar-gambar dia menyambut Halloween bersama Nick Canon dikongsi ramai peminatnya di laman sosial minggu lalu, lebih satu juta perkongsian.
Awal minggu ini Mariah terpaksa membatalkan konsert tour nya di Angertina, Brazil dan Chile (kesemuanya empat konsert). Khabarnya Mariah tidak berpuas hati dengan cara pengurusan pengajur konsert di tiga negara tersebut.
Walau bagimanapun Mariah masih meneruskan Sweet Sweet Fantasy Tour di Mexico City, Monterrey dan juga tiga malam konsertnya dia Hawaii.
Mariah dalam tweetnya menyatakan,
Devastated my shows in Chile, Argentina & Brazil had to be cancelled. My fans deserve better than how some of these promoters treated them. https://t.co/zuEXQL12Ek
— Mariah Carey (@MariahCarey) October 26, 2016
I love my lambs in #SouthAmerica and will do everything I can to come in 2017 the proper way. Thank you for understanding. LYM, Te Amo❤️MC
— Mariah Carey (@MariahCarey) October 26, 2016
Dua hari selepas pengumuman pembatalan konsertnya itu, bertebaran pula cerita perhubungan dengan tunangnya, James Parker dilanda masalah. Pertunangan Mariah dan James katanya sudah berakhir, dan menurut pihak billionaire Australia tersebut perpisahan ini berpunaca daripada sikap Mariah yang boros.
Malah ada juga yang mengatakan puncanya kerana Mariah enggan terbang ke Australia untuk sama-sama meraikan hari lahir kakak James. Dan kerana itu juga ibu James sudah membenci Mariah. Ada juga yang mengatakan perpisahan ini berpunca daripada rancangan realiti Mariah’s World yang bakal ditayangkan di E! Disember nanti. James enggan turut serta dalam penggambaran siri tersebut.
Sehari selepas itu pihak Mariah membuat kenyataan bahawa masalah hubungan antara James dan Mariah berpunca daripada sikap panas baran James sendiri. Khabarnya James mengasari salah seorang pembantu Mariah sewaktu percutian mereka di Greece. Dan sejak perbalahan di Greece itu Mariah dan James tidak lagi bertemu sehingga hari ini.
Dalam masa yang sama juga ada khabar mengatakan sepanjang kerenggangan hubungan James dan Mariah, hubungan penyanyi yang mempunyai 18 lagu menjuarai carta Billboard (terbanyak bagi penyanyi solo) ini dengan penari kacaknya, Bryan Tanaka pula semakin rapat.
Drama cinta Mariah Carey dan James Parker mencipta banyak persoalan. Jika ia betul-betul berakhir, adakah Mariah akan memulangkan semula cincin pertunangannya yang bernilai US$10 juta? Dan adakah drama ini sengaja direka-reka untuk menambah rencah kepada ‘jalan cerita’ juga menaikkan rating Mariah’s World? Kita tunggu dan lihat saja.