Neelofa dan Fatta Amin yang dilihat begitu kerap dan intim bersama membuatkan tanda tanya ramai yang mana adakah mereka bercinta?
https://www.instagram.com/p/BLAmHGAhKgW/?taken-by=neelofa&hl=en
Persoalan ini mula bermain difikiran ramai apabila dua selebriti popular ini sering memuat naik gambar bersama menerusi Instagram. Dua pelakon drama Suri Hati Mr.Pilot ini sememangnya menjalinkan hubungan cinta di set penggambaran menurut pengarahnya, Michael Ang.
https://www.instagram.com/p/BLQMQv3FuWp/?taken-by=neelofa&hl=en
“Ya, mereka memang bercinta di lokasi drama ini. Tetapi, di luar set saya tidak tahu sama ada mereka memang intim atau sebaliknya. Keserasian mereka membintangi drama ini jelas kelihatan dan masing-masing sangat ‘memberi’ apabila membabitkan babak intim. Itulah yang saya mahukan,” kata Michael Ang kepada BH Online.
Neelofa dan Fattah digandingkan bersama untuk drama arahan pengarah popular ini dan menerusi drama tersebut, kedua-duanya perlu memainkan watak pasangan bercinta. Mungkin disebabkan drama tersebut, pasangan ini sering menghabiskan waktu bersama untuk mengambil mood mesra bersama.
https://www.instagram.com/p/BLTEWlolXJn/?taken-by=neelofa&hl=en
Meskipun dilihat agak rapat dan intim bersama, pengarah ini sendiri mengakui yang dirinya sentiasa memastikan yang perhubungan cinta lokasi Neelofa dan Fattah mengikut panduan yang betul dari segi adegan bersentuhan kerana ingin menjaga imej serta menghormati Neelofa yang tampil bertudung dan beragama Islam.
https://www.instagram.com/p/BLZ2meelB5w/?taken-by=neelofa&hl=en
Michael Ang juga tidak mahu mengambil tahu akan perihal peribadi dua pelakon ini di luar set. Baginya itu adalah hal peribadi mereka. Tetapi kalau di lokasi penggambaran, dia sememangnya mahukan mereka seolah-olah benar menjalinkan hubungan cinta supaya drama arahannya itu mampu menjadikan kelainan dari drama arahannya sebelum ini.