Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Instagram Nedim Nazri
Sebelum ini, Nora Danish pernah menyatakan hasratnya dan Nedim Nazri untuk berkahwin pada tahun ini juga dan mungkin akan mengadakannya sekadar apa yang wajib sahaja serta bersederhana.
Topik Berkaitan : “Nampak Gayanya Tahun Ini Juga Kami Akan Berkahwin.”- Nora Danish
Kali ini, menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada Putera Rayqal ini menjelaskan bahawa dia dan Nedim merancang untuk melangsungkan pernikahan mereka selepas Aidilfitri nanti.
“Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki di kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya. Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga.”
“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu terlalu gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu,” ujar Nora lagi.
Semoga segala urusan persiapan majlis Nora Danish dan Nedim berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Topik Berkaitan : Nora Danish Mahu Tambah Cahaya Mata Selepas Berkahwin