Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Rozita Che Wan
Boleh dikatakan setiap selebriti punya gayanya tersendiri. Setiap stail yang ditonjolkan mencerminkan cita rasa dan personaliti diri. Dan pemilihan helaian setiap hari tidak hanya dipengaruhi aktiviti dan destinasi dituju, penggayaannya juga mengambil kira mood.
Dan hari ini perkongsian gambar dengan hashtag #OOTD bukan sesuatu yang baru. Jika dulu rakaman gaya ini biasanya dirakamkan street photographer, tapi dengan perkembangan telefon pintar dan media sosial, perkongsian gaya menerusi gambar dilakukan secara individu.
Dan selalunya, OOTD selebriti terkenal yang dinantikan ramai kerana ia sedikit sebanyak mencurah ilham dalam kita mencari idea penggayaan ideal.
EH! kongsikan OOTD selebriti of the week pilihan kami.
Rozita Che Wan
Scha Alyahya
Elfira Loy
Fathia Latiff
Sharifah Sakinah