Oleh : Izzati Saadin
Model: Zirra Azim
Solekan Bibir: Syed Faizal menggunakan BIBIR by Syedkillereyes in Firecracker
Gambar: sumber Google
Pewarna bibir atau liquid lipstick ini seolah menjadi satu fenomena baru selepas BB Cushion. Semua jenama kecantikan terkenal berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang sama.
Dan kini tiba masanya untuk liquid lipstick menyinar lebih-lebih lagi selepas bintang bibir terkenal Kylie Jenner melancarkan jenama liquid lipstick sendiri iaitu Lip Kit by Kylie, yang sebenarnya ‘break the internet’ kerana sejurus beberapa minit pelancarannya, ia sudah pun sold out!
Namun tidak perlu bimbang kerana rata-rata jenama kecantikan semua sudah melancarkan produk ini, sebelum anda membeli, ikuti langkah berikut untuk memiliki bibir mungil pusam namun bebas kekeringan!
Langkah 1
Untuk memastikan bibir anda dalam keadaan lembap dan tidak menggelupas, oleskan pelembap bibir dengan rata.
Langkah 2
Skrub bibir anda menggunakan tisu lembut bagi menyingkirkan kulit kering pada bibir. Gosok dengan perlahan hingga permukaan bibir benar-benar licin. Kemudian ulangi pemakaian pelembap bibir dan biarkan.
Langkah 3
Bentuk bibir dengan menggunakan pensil bibir dari rona gincu yang sama anda akan pakai nanti. Gariskan pada tepi bibir dengan kemas.
Langkah 4
Oleskan liquid lipstick pada bibir bawah terlebih dahulu sehingga mesra.
Langkah 5
Lengkapkan sapuan pada bibir atas dan ratakan dengan sempurna.
Hasilnya
Bibir bertekstur pusam yang cukup sempurna!