Umum tahu zodiak mencerminkan personaliti seseorang. Menurut zodiak juga ia boleh menentukan bintang zodiak manakah yang serasi bersama. Ketahuinya di sini.
Gambar : shutterstock
Adakah anda tahu perasaan apakah yang paling membuatkan seseorang teruja dan terfikir-fikir di ingatan? Bukannya kala menikmati coklat, atau kembara ke Paris, tetapi apabila mendengar ungkapan dari seseorang yang kita sayangi menyatakan “I love you” buat pertama kalinya.
Siapa yang tidak suka pabila disayangi dan dicintai. Apatah lagi apabila cinta itu bersemai indah, pastinya perasaan dan #relationshipgoals mula tercetus. Tetapi, tahukah anda bahawa berdasarkan simbol zodiak ada kalanya anda boleh menelah adakah si dia pasangan yang sesuai dan serasi bersama anda?
EH! senaraikan bintang horoskop dan rungkai pasangan yang serasi berdasarkan zodiak.