Oleh : Farhana Fuad
Gambar: Bfab
Bfab, khidmat servis kecantikan dan kesihatan tubuh badan atas talian telah dilancarkan minggu lalu. Pelancaran Bfab diadakan di The Co. Kuala Lumpur cukup meriah dengan kehadiran tetamu undangan serta barisan selebriti.
Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Penasihat Malaysian Hairdressing Association, Billy Lim dan Dr. Baskaran Kosthi, Presiden Malaysian Association of Wellness & Spa. Bagi rakan perniagaan Bfab seperti Bminc Nail Spa Salon, Mandara Spa, Sompoton Spa, Kimarie Salon pula turut menerima sijil penghargaan.
Tetamu selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis pelancaran ini termasuk Carey Ng dan Sharifah Sakinah. Ketika majlis ini berlangsung, tetamu turut dilayan manja dengan sesi spa mini atau booth urutan dari Mandara Spa serta booth inai dari Melur Izabyel.
Memeriahkan lagi majlis petang itu adalah tetamu yang hadir berpeluang bawa pulang hadiah bertuah serta goodie bag tajaan L’Oréal Paris, Zalora, Amante Nail Spa & Body Care.
Teafanni Catering dipilih untuk menghidangkan makanan buat media serta VIP yang hadir ke acara pelancaran Bfab ini. Jadi, dengan terlancarnya Bfab, kini secara rasminya Bfab merupakan khidmat servis sehenti atas talian yang memudahkan tempahan anda ke mana-mana sahaja salun atau spa kecantikan berdekatan anda hanya di hujung jari.
Layari http://bfab.my/ sekarang untuk dapatkan khidmat tempahan salun dan spa anda sekarang!