Gambar: KIP Group of Companies
KIP Group of Companies dengan bangganya melancarkan Hotel KIP Kuala Lumpur pertama di Malaysia. Ianya terletak di daerah komersial Sri Utara sepanjang Jalan Kuching dan mengambil masa 15 minit pemanduan sahaja untuk tiba di ibu kota Kuala Lumpur. Hotel KIP menawarkan kemudahan serta lokasi strategik untuk ahli perniagaan dan pelancong untuk bersantai.
Hotel ini mempunyai akses yang mudah dari destinasi seperti Selayang Indusrial Park, Batu Caves atau mungkin juga Genting Highlands. “Dengan lokasinya yang strategik, Hotel KIP Kuala Lumpur berazam untuk memberikan perkhidmatan untuk ahli perniagaan mahupun tetamu yang mahu bersantai.” ujar Anthony Wee, Pengurus Besar, Hotel KIP Kuala Lumpur.
Hotel ini diselia oleh syarikat ternama, Lexis Group of Hotels and Resorts. Sebanyak 199 kamar tidur yang direka dengan mood moden, chic dan selesa. Ianya termasuklah 12 bilik eksekutif dan 3 bilik suites. Kesemua kamar tidur di Hotel KIP dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, TV LED dengan saluran Astro serta wifi. Hotel ini juga dilengkapi dengan kemudahan kolam renang dengan panorama menenangkan sambil menikmati hidangan minuman serta muzik di AtSix Lounge yang terletak di sebelah kolam renang. Bahkan, untuk majlis rasmi atau korporat Hotel KIP juga menyediakan 4 ruang khas untuk mengadakan majlis.
EH! kongsikan gambar rekaan moden serta rekaan dalaman Hotel KIP.
[soliloquy slug=”hotel-kip”]