Gambar: INGimage
Duit di dalam dompet semakin tipis, limit kad kredit pun sudah cecah kemuncak tetapi masih ada hati ingin membeli. Alahai, mengapa begitu? Setiap kali selepas membeli-belah pernahkah terdetik di hati anda rasa kesal? Saya pasti pernah.
Pernah ditanyakan pada diri mengapa kesal? Saya rasakan kekesalan itu wujud pabila kita membeli barangan yang tidak perlu, dan ia dibeli hanya kerana kita terlalu menurutkan nafsu. Benarkah kerana nafsu semata? Kita kaji dan lihat faktor lain yang mungkin menyumbang mengapa seseorang itu boros pabila berbelanja.
TUNTUTAN NAFSU
Ini antara faktor utama yang menyebabkan kita menjadi boros. Jika tidak bijak mengawalnya harta pun boleh tergadai hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu membeli. Pantang terpandang iklan jualan murah, cepat sahaja kaki melangkah ke pusat beli-belah. Bawa-bawalah bertenang wahai kakak dan abang, beli apa yang perlu bukan menurut hawa nafsu.
TIDAK BOLEH KALAH
Pantang teman baik atau jiran membeli yang baru, dia pun mahu benda yang sama. Dan kalau boleh, lebih mahal daripada apa yang dibeli oleh rakan atau jiran. Memang ada orang begini, walaupun duitnya tiada tetapi bila terdengar sahaja jirannya menukar perabot baru seboleh-boleh dia berikhtiar asalkan hiasan rumahnya tidak kalah dengan jiran sebelah.
TIADA PENDIRIAN
Ada juga yang boros kerana tidak tahu apa sebenarnya yang diinginkan (atau yang diperlukan). Mereka keliru apa yang sesuai dengan diri mereka. Oleh kerana itulah kita lihat ada sesetengah wanita mempunyai sealmari baju tetapi yang kerap dipakai hanyalah sehelai dua. Di sinilah pentingnya untuk kita mengenali diri sendiri, ketahui apa yang secucuk dengan diri kita, apa imej yang ingin ditonjolkan dan apa rekaan yang selesa dengan gaya peribadi. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.