Rambut Paras Lepas Bahu
“Mungkin disebabkan trend kecantikan dan pengaruh selebriti Barat, lebih ramai wanita Asia kini lebih gemar mewarnakan dan memotong rambut pendek. Bagi saya, penukaran gaya itu hanya ‘menghilangkan’ kecantikan asli mereka! Tidakkah cantik sekadar membiarkan rambut hitam yang ikal dan sihat melepas bahu tanpa perlu mengubahnya? Bukan sahaja menawan, malah warna rambut asal yang panjang sekali gus mampu menunjukkan kecantikan wanita Asia yang dimiliki mereka secara semulajadi. Sedangkan golongan gadis berambut perang di Barat pun beriya-iya mahu menukar warna rambut kepada hitam. Lihat saja penyanyi, Camelia. Biarpun dia dikenali dengan gaya high fashion, tetapi masih menonjolkan ciri ketimurannya. She’s so beautiful!”