Senyuman
“Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung saya berdegup-degup! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, saya pernah jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Ketika itu, kami bersama-sama menyertai aktiviti perkhemahan. Pertama kali bertentangan mata, si dia melemparkan senyuman. Bagaikan dipaku, saya terkedu seketika. Hati terasa bagaikan dipanah! Semenjak pertemuan itu, saya mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Akhirnya, kami menjalin hubungan. Itulah bahayanya senyuman wanita kerana berupaya membuahkan perasaan cinta! ”