Paras Rupa Cantik
“Saya sering terjebak dalam ‘love at first sight’ disebabkan paras rupa wanita yang cantik. Tidak semestinya si dia perlu memiliki darah campuran untuk kelihatan menawan. Solekan tipis yang natural dan kulit wajah yang bersih juga memadai untuk dikategorikan sebagai cantik. Tetapi, jika wanita itu memang cantik secara semulajadi walaupun tanpa solekan, ia adalah bonus ekstra! Namun, tidak semua wanita jelita memiliki personaliti yang menarik. Ada sesetengah daripada mereka hanyalah bimbo! Jadi, biarlah cantik rupa dan sikap juga bijak. Paling membuatkan saya lebih mudah jatuh cinta, jika si dia wanita yang selamba dan tidak control cun!”