Mata Menawan
“Dari mata, turun ke hati. I believe that aphorism! Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Pendek kata, solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli perempuan. Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan saya dibuatnya! Yang nyata, si dia tidak bersolek pun.”