Penampilan Menarik
“Selain fizikal, penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan saya mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah aspek yang saya lihat dahulu. Saya suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti celana denim dipadankan dengan kemeja atau kemaja T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sophisticated. Manakala memerhati bagaimana dia bertutur pula sudah cukup untuk menjelaskan latar belakangnya termasuk tahap pendidikan, keluarga juga ‘sedikit’ personaliti. Kadang kala, melihat wanita memakai pakaian pejabat yang ringkas juga membuatkan saya cair!”