Hormat Orang Tua
“Aduhai, boleh gugur jantung saya kalau melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat. Saya lebih senang jika mereka selesa menjadi diri sendiri. Memandangkan kedua-dua ibu bapa saya menetap di Kedah, saya ‘menguji’ dengan membawa mereka bertemu nenek di Dengkil iaitu berdekatan tempat saya bekerja. Hah, masa itulah kita boleh melihat bagaimana si dia bereaksi bersama orang tua!”