Berbaju Kurung
“Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? Saya sering tertanya-tanya kerana wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Mungkin saya jenis lelaki yang mempunyai traditional minded tetapi baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi…wow, hati saya pasti berdebar-debar! Lihat sahaja penyanyi, Ana Raffali yang tidak segan berbaju kurung walau ketika beraksi di pentas. Sambil memegang gitar dan menyanyi, Ana adalah contoh wanita Timur yang sangat menawan. Paling menarik, jika si gadis berbaju kurung mendandan rambutnya ke sisi dengan kemas. Ah, bisa membuatkan saya terpaku!”