Seks hindari demam dan selesema
Menurut kajian yang telah dijalankan di Universiti Wilkes, Amerika Syarikat, suami isteri yang sering melakukan hubungan seks dalam seminggu boleh meningkatkan jumlah Antibody Immunoglobulin A dalam badan. Ini bermakna antibodi dalam badan mereka lebih aktif berbanding mereka yang kurang melakukan hubungan seks dalam masa seminggu.