Hirup tonik rahsia
Bukan bancuhan majun atau sebarang air jampi, tetapi hanya hidangan mudah yang dapat merangsang pengaliran darah dalam badan. Satu jam sebelum anda hanyut dalam dakapan si dia, minum segelas susu suam yang ditambah dengan secubit safron. Susu suam adalah untuk membuatkan anda tenang serta terbuai dengan kedinginan malam. Sejak berzaman dahulu, safron dipercayai dapat meningkatkan syahwat dek kerana aroma yang wangi dan menggoda sebaik ia dipanaskan.