Yakin diri
Ketahuilah, jika anda benar mencintai pasangan, rasa rangsangan itu akan hadir dengan lebih mudah. Ada kajian menunjukkan, wanita yang rasa disayangi dan tahu bahawa pasangan mereka menerima diri wanita itu seadanya, lebih menghargai serta mudah terangsang dengan setiap sentuhan dalam aktiviti seks bersama pasangan. Walau perut berlipat atau lengan menggeleber dengan lebihan lemak, dia tahu pasangannya itu sentiasa kekal di sisi dan yakin dengan diri sendiri.