Putus cinta merupakan satu jangka masa yang amat perit yang saya pasti ramai mengalaminya, tetapi apa yang lebih perit dari itu adalah apabila anda mula sedar bahawa anda hanya seorang ‘rebound’ kepada si dia yang hanya memerlukan anda untuk memenuhi kekosongan dalam dirinya.
Sebelum terlambat, EH! senaraikan 8 tanda yang harus anda fahami sebelum terjebak di dalam katagori ini.
1. Dia mencintai anda tanpa sebab.
Bukan atas sebab anda tidak mengagumkan atau mudah disayangi, but they barely know you well enought to even love you yet. Dia mengelar anda ‘The one’ walau anda baru sahaja berjumpa denganya. Itu merupakan sesuatu yang sedikit mencurigakan.
2. Dia hanya mahu buat bekas kekasihnya cemburu.
Dia membawa anda seperti trofi kemenangan dan menunjuk-nunjuk kebahagiaan anda bersama hanya atas sebab mahu bekas kekasihnya cemburu. Asal bergambar bersama untuk muat naik di media sosial mesti mahu tampak mesra dengan ‘caption’ seolah-olah dia sudah move on.
3. Dia memperlakukan hubungan anda seperti ‘long term couple’ walau anda baru sahaja saling mengenali.
Walau baru sahaja kenal dalam masa yang singkat dia sudah memperlakukan anda seperti kekasihnya yang sudah lama bercinta. Kebanyakan masa selalu dihabiskan di rumah dan dia sudah mula menetapkan rutin harian anda bersamanya.
4. Tidak banyak persamaan
Anda sudah tahu bahawa anda tidaklah banyak persamaan dengannya, sepanjang pekernalan anda hanyalah menonton filem atau Netflix di rumah. Dan pastinya si dia pun tidak mengenal lebih dalam siapa anda, atau mungkin tidak berminat untuk tahu asalkan dia tidak rasa sunyi itu sudah cukup baginya.
5. Minat si dia pada anda bertukar sejuk dan panas
Obsesi dia terhadap anda berubah-ubah. Hari ini si dia melayan anda seperti andalah yang melengkapi hidupnya, esok mungkin satu pesanan mesej darinya pun anda tidak terima. Dalam hal ini si dia tidak tahu apa yang dia inginkan, atau mungkin dia sedang teringatkan kekasih lamanya.
6. Dia masih menyimpan gambar-gambar kenangan bersama bekas kekasihnya di dalam telefon, komputer atau di rumah.
It is not a good sign, kalau gambar-gambar kekasih lamanya masih ada dalam telefon bimbitnya, ini bermaksud dia masih lagi tidak move on dengan kekasih lamanya. Walau bagaimana pun cara dia cuba untuk gembira bersama anda, at the end of the day, dia tetap merindukan kekasih lamanya.
7. They dont know much about themselves
Dia tidak menjadi diri sendiri, jarang berkongsi tentang hobi dan hal hal peribadinya dengan anda selain dari kisah kekasih lamannya.
8. Anda menjadi tempat si dia bercerita tentang bekas kekasihnya.
Antara tanda yang paling jelas, setiap kali anda berjumpa atau pergi ke suatu tempat, pasti si dia akan menceritakan memori bersama bekas kekasihnya di tempat tersebut. Apa sahaja yang anda lakukan mengingatkan dia tentang kekasih lamanya.