Memanipulasi secara psikologi dalam hubungan adalah cara untuk menunjukkan kuasa dan kawalan ke atas orang lain. Anda boleh belajar, menghalang atau menghentikannya jika tidak mahu menjadi mangsa.
Walaubagaimanapun, penting untuk sentiasa berhati-hati dan mengekalkan sikap sopan kerana tiada sebab untuk membuatkan keadaan menjadi lebih buruk dan akhirnya akan merosakkan hubungan yang sudah terjalin.
Kenal pasti teknik rahsia yang digunakan oleh si dia dan cara untuk mengelakkannya.
Dia menyerang anda dengan fakta dan statistik peribadinya
Cara ini lebih kurang sama dengan membuli cuma ia tidak melibatkan serangan fizikal sebaliknya membuli secara intelektual. Dalam erti kata yang lebih mudah, si dia mungkin akan memberikan banyak maklumat menarik dan menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Dalam keadaan ini, anda boleh berasa kurang keyakinan diri jika tidak tahu bagaimana untuk melindungi diri sendiri.
Elakkan dengan:
- Pertama sekali, anda perlu memahami mungkin pasangan lebih baik dalam beberapa bidang, tetapi anda juga boleh jadi lebih hebat dalam bidang yang lain.
- Cadangkan untuk berborak mengenai sesuatu yang anda dan si dia serasi bersama.
- Jangan biarkan orang mengatakan anda bodoh. Minta untuk dihormati, tetapi lakukan itu dengan cara yang tenang dan sopan.
Dia memberitahu yang dia bahagia bersama anda walaupun bermakna mengetepikan apa yang sebenarnya mereka mahukan.
“Ya, saya gembira kerana dapat bertemu dengan rakan awak, tetapi saya rasa agak bosan.” Frasa ini adalah salah satu cara untuk membuat anda merasa bersalah. Si dia cuba memanipulasi anda dengan cara menunjukkan bahawa mereka melakukan tugas sebagai pasangan dengan baik cuma anda sendiri yang tidak melihat atau menghargainya.
Elakkan dengan:
- Fokus kepada pasangan, bukan pada kesalahan anda. Tanya soalan seperti “Adakah awak benar mengharapkan saya…?” atau “Adakah awak bertanya kepada saya atau memberitahu saya?” Ingat, anda punya hak untuk merasai kebahagiaan.
Dia tidak beri anda masa untuk menentukan sesuatu
Ia nampak seperti anda punya pilihan tetapi hakikat sebenarnya adalah tidak. Anda ada sesuatu untuk dilakukan namun jika tidak memenuhi permintaan pasangan, dia mungkin akan merajuk. Situasi ini sering berlaku.
Elakkan:
- Ingat anda juga punya sempadan peribadi.
- Tanya pada pasangan, “Adakah apa yang awak mahu dari saya itu adil?”
- Tidak perlu menjelaskan diri anda jika tidak dapat memenuhi permintaan mereka. Lakukan perkara yang penting terlebih dahulu sebelum menunaikan impian pasangan.
Jenaka negatif boleh menjadi manipulasi
Terdapat pasangan yang suka membuat komen atau jenaka yang sebenarnya boleh memalukan anda. Kritikan dalam kehidupan seharian dari pasangan perlahan-lahan akan menjadikan anda seperti bom masa yang sedang berdetik.
Elakkan dengan:
- Jangan menangis di depan pasangan yang suka mengkritik. Cuba bertenang.
- Abaikan mereka
- Balas dengan tenang dan bukan dalam nada suara yang marah.
Dia buat anda percaya bahawa anda inginkan perkara yang sama dengannya
Tiada ruang untuk kompromi dalam sesuatu hal kerana satunya perkara yang boleh anda lakukan ialah cuba untuk tidak menyinggung perasaan pasangan. Hanya keinginan mereka yang penting, jadi anda korbankan kemahuan sendiri.
Elakan:
- Pertama sekali cuba analisa jika keinginan anda diakui. Mungkin anda mahukan sesuatu yang lain.
- Jangan takut untuk beritahu pasangan bahawa anda mempunyai rancangan lain atau pendapat yang berbeza, tetapi selalu ada cara yang baik untuk berkompromi agar tiada siapa akan rasa tersinggung.
Gunakan Silent Treatment apabila terdapat masalah
Berdiam diri boleh menjadi satu bentuk manipulasi pasif. Sekiranya anda bertengkar dan pasangan tidak menjawab mesej atau panggilan, walaupun tinggal di bawah satu bumbung, mereka tetap tidak mahu bercakap.
Elakkan dengan:
Jangan kelirukan sikap malu dengan berdiam diri. Cuba cari perasaan pasangan dan kongsikan perasaan sendiri. Cuba katakan, “Mungkin awak takut untuk bercakap atau keliru tetapi saya juga merasakan perasaan yang sama. Saya rasa lebih baik jika kita berkomunikasi dan menyelesaikan masalah itu.”
Dia cuba memaksa anda
Paksaan adalah satu bentuk dominasi. Ia mungkin bermula dengan perkara yang kecil tetapi akan mula melarat jika dibiarkan. Sebagai contoh, mereka mungkin akan memaksa anda untuk memakai pakaian yang diingininya.
Elakkan dengan:
Anda harus mengenali paksaan dengan segera dan menghentikan sikap terlalu mengawal dan mengongkong dari awal.
Untuk membina sempadan yang sihat, dapatkan nasihat ahli psikologi. Lebih baik jika anda tidak membalas secara agresif.
Dia menjadi pasif agresif terhadap anda
Saat sedang bertengkar dengan pasangan secara tiba-tiba dia bukan ingin berbincang untuk membetulkan masalah tetapi sebaliknya menyindir dengan mengatakan, “Ya, tentu sahaja. Awak sahajalah yang sempurna dan betul!” Ini adalah satu bentuk pasif agresif dan ia akan menyebabkan anda tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.
Elakkan dengan:
Tanya kepada pasangan jika mereka dapat memberitahu anda secara langsung apa yang dimahukan. Balas dengan jenaka bukan dengan sindiran. Pastikan anda jelas dan jujur.