Gambar: INGimage
Lumrahnya, wanita itu sukar untuk difahami isi hatinya kerana setiap orang punya keinginan dan kemahuan yang berbeza. Mungkin bagi lelaki apa yang mereka inginkan itu boleh dilontarkan dengan hanya melalui percakapan, tetapi bukan bagi wanita yang suka memendam rasa.
Sesetengah lelaki menganggap wanita itu mengada-ngada dek kerana merajuk tidak henti walhal si dia yang tidak tahu cara untuk mengambil hatinya kembali setelah melakukan kesilapan yang wanita bencikan.
Jadi, buat kaum lelaki, jika anda masih lagi meragukan isi hati wanita, EH! kongsikan di sini 40 isi hati wanita yang anda patut tahu.
1. “Jangan sesekali memuji wanita lain jika kau rasa dia lebih menawan berbanding aku.”
Hakikatnya, wanita tidak suka akan persaingan yang mampu mengancam potensi peribadinya.
2. “Jika perlu, katakanlah apa saja ketika siaran iklan sebelum hati ini dilanda kebosanan.”
Wanita mahukan lelaki yang sentiasa berjaya memecah ruang kebosanan dan mampu membuatkan mereka terhibur sepanjang masa.
3. “Menanda tarikh-tarikh penting di kalendar sepanjang tahun.”
Wanita mahukan seorang pasangan lelaki yang sentiasa peka akan tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari jadi, ulang tahun percintaan, perkahwinan dan sebagainya.
4. “Aku sentiasa teringat akan dikau.”
Wanita selalu akan membawa ke mana saja lelaki pujaannya walaupun bersendirian! Wanita membawanya dari dalam hati dan jiwa.
5. “Ini yang aku fikirkan, tanpa sebarang panggilan telefon hari ini, bermakna kau tidak sayangkan aku.”
Wanita suka emosinya dibelai mesra dan cara paling mudah serta efisyen ialah dengan memberi satu panggilan telefon atau sekadar mengirim pesanan rindu menerusi sistem pesanan ringkas.
6. “Jika aku tidak menghubungimu, tentu ada yang tidak kena dengan kita.”
Wanita mahukan pasangan lelakinya menjadi lebih peka dengan setiap perubahan meskipun ia sekadar perubahan sangat kecil.
7. ” Aku suka jika kau cemburu. Tetapi tidak perlu terlalu cemburu.”
Wanita perlukan sedikit rasa cemburu sebagai tanda dia mendapat perhatian yang selayaknya. Tetapi, wanita tidak suka didampingi lelaki dengan sikap cemburu buta.
8. “Kalau aku terlambat, tidak mengapa. Dia? Jangan sesekali lambat!”
Wanita tidak suka menunggu tetapi suka jika dirinya dinantikan oleh jejaka pujaan.
9. “Renungan mata umpama kata kuncinya.”
Wanita suka berdamppingan dengan lelaki yang sentiasa melakukan hubungan renungan mata petanda perhatian kepada setiap kata dan gerak laku.
10. “Jangan sesekali mengambil masa yang lama untuk bersiap berbanding aku.
Wanita tidak suka lelaki yang terlalu cerewet tentang penampilan dirinya sehinggakan mereka terpaksa membuang masa menunggu jejaka mereka siap bersedia.