Gambar: INGimage
Seksi bukan semestinya perlu meliuk lentuk tubuh dan jadi mengada-ngada. Seksi di mata lelaki adalah berbeza mengikut selera mereka.
Biar terlerai
Diakui, lelaki gemar wanita berambut panjang, apatah lagi membiarkan ia beralun cantik ditiup angin lembut. Loose bun atau ponytail adalah gaya ikatan rambut yang boleh membangkit rasa teruja mereka.
Postur badan
Jangan membongkok kerana ia memperlihatkan sisi diri anda yang tidak yakin dengan diri sendiri. Sama ada duduk atau berdiri, tegakkan postur badan. Seperti penari, pinggul dan bahu mereka selari sekali gus menonjolkan bentuk tubuh.
Merah
Rona ini sentiasa menjadi simbol sensual pada wanita. Tidak kira gincu, busana merah mahupun sepatu, merah menjadi mainan psikologi yang membangkit ghairah lelaki.
Bertentang mata
Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekali-sekala, pautan mata ketika berbicara dapat merenggut hatinya. Dan lirikan manja
pula memberi tanda kepadanya yang anda berminat untuk berhubung dengan lebih serius.
Yakin dan bijak
Apabila anda selesa dengan apa yang anda pakai dan bersikap positif, ia dapat meyakinkan orang sekeliling mengenai diri anda. Wanita yang dapat berdikari serta berkeyakinan tinggi amat disukai lelaki di zaman moden kini.
Wangian lembut
Sesiapa juga yang mendekati pasti tertarik tatkala menghidu wangian di tubuh anda. Ia sekali gus memberi keyakinan pada diri dan orang sekeliling memandang anda sebagai pembersih.
Longgar, jarang dan panjang
Mengapa kebanyakan pakaian tidur dibuat khas longgar dan jarang? Ini ada kaitan dengan membangkitkan rasa sensual pada lelaki. Pakaian jarang dan longgar yang beralun lembut menyerlahkan sisi feminin seorang wanita.
Pipi bak pauh di layang
Oles pipi dengan pemerah pipi rona merah samar mahupun pic bagi memberi seri pada wajah. Geram cik abang melihatnya!
Serlah ‘glam’
Walau hanya mengenakan kemeja-T putih polos, anda boleh kelihatan seksi dengan padanan legging dan kasut tinggi serta rantai dempak. Kadangkala, bersederhana itu yang terbaik.
Fabrik renda
Ia tidak pernah dimakan waktu, malah menjadi trend dari satu musim ke musim yang baru! Busana daripada fabrik les menonjolkan gaya gadis vintaj pemalu yang penuh rasa romantis dan manja.
Pakaian dalam seksi
Walau tiada siapa yang nampak pakaian dalam anda, ia dapat mempengaruhi psikologi anda untuk melangkah penuh yakin dan percaya sememangnya diri anda seksi!
Tonjol kelebihan
Jika anda mempunyai warna mata menawan, serlahkan solekan mata dan berinteraksi dengan baik menggunakan jelingan manja. Atau jika gigi anda putih berseri, sentiasa ukir senyuman manis yang buat si dia tidak kelip mata.
Sihat
Wajah pucat dan terlampau kurus bukanlah sesuatu yang baik dan seksi. Amalkan makanan berkhasiat dan minum banyak air bagi melancarkan sistem badan.
Kasut tinggi
Ini adalah rahsia utama untuk kelihatan seksi. Walau anda bergaya kasual, kasut tinggi bisa melengkapkan gaya dan menukar penampilan anda secara automatik menjadi fashionista.
Kulit berseri
Kulit kusam menjadikan penampilan tidak bermaya. Pastikan losen tangan dan badan sentiasa ada dalam beg tangan. Ditambah lagi dengan losen yang mempunyai shimmer, kulit anda nampak berseri dan seakan bercahaya. Ia juga dapat membuatkan kulit anda lembut dan mendebarkan hatinya tatkala tangan kalian bertaut mesra.