Perhubungan yang serasi boleh memberikan seseorang itu kebahagiaan dan kesihatan. Pasangan yang sihat memerlukan komunikasi dua hala, respek dan tabiat yang baik kedua-dua pihak. Ketahui beberapa perkara yang boleh menyakitkan perhubungan antara kamu dan si dia.
Pergaduhan
Dalam hubungan, perselisihan faham akan mematangkan kedua-dua pihak dan menjadikan kamu berdua lebih memahami antara satu sama lain. Jangan gaduh hal yang remeh kerana ia akan membuatkan pasangan kamu naik muak.
Memendam Rasa
Jika kamu atau si dia mempunyai rasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara, eloklah dibawa berbincang. Usah pendamkan rasa tidak puas hati itu sehingga menjadi bengkak.
Gambar: www.nydailynews.com
Cemburu Buta
Adakah kamu seorang yang kuat cemburu? Jika ya, elakkan dari aktif melayari media sosial seperti Facebook danTwitter. Jangan terlalu cemburu tak tentu fasal, kerana sifat cemburu kamu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam perhubungan.
Mengintip
Bila terlalu cemburukan si dia, mulalah kamu nak mengintip pergerakannya setiap masa. Kepercayaan terhadap pasangan adalah kunci kebahagiaan. Hormat privasi si dia, jangan curi baca e-mel, pesanan ringkas (SMS) dalam telefon atau apa sahaja yang mengganggu hak peribadinya.
Melekat Dengan Si Dia
Setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri. Jangan asyik nak melekat dengan dia setiap hari, takut lama-lama nanti jadi bosan. Apabila pasangan kamu sudah puas bersendirian, ia akan menjadikan masa bersama itu lebih berharga.