Berpisah dengan seseorang yang disayangi amat menyakitkan. Ia masa mungkin akan menyembuhkan luka yang dialami tetapi untuk berapa lama? Untuk melupakan bekas kekasih, adalah lebih baik jika anda merancang untuk elakkan perkara yang boleh buat anda tambah menderita sepanjang tempoh pemulihan tersebut.
Oleh itu, EH! kongsikan lapan trik mudah untuk anda cuba lupakan kekasih lama.
Tetapkan Tempoh Bersedih
Otak anda akan mengaitkan perpisahan dengan rasa sakit. Malah, penderitaan psikologi boleh menjadi sangat menyakitkan dan ia boleh menyebabkan tekanan. Oleh itu, ada baiknya untuk anda tetapkan tempoh bersedih dan perlahan-lahan menerima segala-galanya telah berakhir.
Jangan Terperangkap Dalam Kenangan Masa Lalu
Daripada terus mengingati masa lalu, cuba buat senarai tentang perkara yang buat hubungan tersebut gagal. Pertimbangkan sikap dan kelemahan bekas kekasih. Mungkin ia bukan masa yang tepat atau mungkin anda ingin bergerak ke arah matlamat yang berbeza. Pastikan senarai itu di tampal di dinding atau cermin meja solek agar setiap kali anda rasa ingin menelefon bekas kekasih, lihat semula sebab mengapa anda tidak harus melakukannya.
Ubah Cara Pemikiran
Apabila anda bersama dengan seseorang, mungkin anda rasakan dia adalah tempat untuk anda bergantung harap tetapi selepas berpisah, pemikiran tersebut perlu diubah. Gantikan mereka dengan seseorang yang mencintai anda seperti ibu, bapa, kakak atau anak anda sendiri. Mereka boleh membantu untuk mengingati siapa anda sebenarnya. Luangkan masa dengan mereka dan latih otak anda untuk memahami bahawa keintiman tidak semestinya perlu datang dari bekas kekasih.
Tolak “Permintaan Jadi Sahabat”
Dia mungkin boleh berkata,”kita masih boleh jadi kawan.” Tidak, tidak semua orang boleh berkawan dengan bekas kekasih. Jangan menipu diri sendiri, sama ada anda berpisah dengan cara baik atau buruk, anda tidak boleh menjadi kawan dengan mudah apabila hati masih lagi sakit. Persahabatan hanya boleh terjalin apabila anda dan bekas kekasih tidak lagi menyimpan perasaan antara satu sama yang lain.
Hilangkan Kemungkinan Untuk Berhubung
Sebaik sahaja hubungan bersama bekas kekasih tamat, cuba untuk tidak hubungi mereka dalam apa cara sekalipun. Jangan telefon, berbalas mesej atau e-mel. Pastikan dia tidak muncul di media sosial anda. Pastikan anda tegas untuk mencapai matlamat ini kerana si dia mungkin mahu terus berkomunikasi dengan anda. Jadi daripada menjawab panggilannya, apa kata hubungi kawan rapat untuk mengingatkan anda mengapa panggilannya tidak perlu dijawab.
Jangan Hubungi Kawan Dan Keluarganya
Sepanjang menjalinkan hubungan, anda mungkin baik dengan keluarga dan rakan bekas kekasih. Sebaik sahaja hubungan itu putus, ia adalah idea yang baik untuk mengelakkan daripada bertemu atau menghubungi mereka. Bukan sahaja anda akan tergoda untuk bertanya tentang dirinya tetapi mereka boleh mengingatkan anda tentang bekas kekasih.
Jauhi Perkara Yang Meningatkan Tentang Bekas Kekasih
Buang, derma atau sembunyikan semua perkara atau benda yang mengingatkan anda kepada bekas kekasih. Padamkan e-mel romantik, mesej, pesanan suara dan juga gambar pada telefon bimbit anda. Ini kerana jika anda melihat sesuatu yang buat anda ingat akan hubungan itu, anda akan mula ragu-ragu jika menamatkannya adalah satu kesilapan. Anda akan mula teringatkan bekas kekasih dan merinduinya, hanya untuk sedar yang semuanya adalah sia-sia.
Cari Hobi Baru
Untuk memastikan fikiran anda tidak terlalu fokus pada perpisahan dengan bekas kekasih, isikan masa terluang dengan melakukan perkara yang anda suka. Mengapa tidak cuba hobi baru? Mungkin dnegan cara ini anda dapat menemui bakat yang tersembunyi dan sekali gus mencapai impian baru dalam hidup anda.