Apakah kebaikan dan keburukan jika kamu mempunyai teman lelaki yang kaya?
Gambar: www.boldsky.com
KEBAIKAN
Swipe sahaja!
Semudah A, B dan C untuk kamu mendapatkan apa sahaja kemahuan diri kerana si dia tiada masalah untuk swipe kad kreditnya untuk yang tercinta. Teman-teman kamu mungkin cemburu dengan apa yang kamu dapat.
Masa depan terjamin
Jika panjang jodoh kamu berdua, ke jenjang pelamin perginya. Ini merupakan impian setiap gadis bagi menjamin masa depan. Tidak kira si gadis mempunyai kerjaya ataupun tidak, setidak-tidaknya kamu boleh beli baju yang branded untuk si comel kamu kelak.
KEBURUKAN
Cemburu
Apabila cemburu buta menguasai diri, mulalah berasa insecure. Ya lah, si dia punya segalanya, mana mungkin tidak ada peminat. Kadang-kadang perasaan insecure kamu itu yang berlebih-lebih padahal si dia tidak begitu.
Playboy
Segelintir lelaki bila sudah ada kedudukan dan kerjaya, mereka cenderung untuk mendapatkan lebih dalam apa saja yang dilakukan termasuklah cinta. Mungkin perasaan insecure kamu itu betul? Tidak pelik kalau kamu dibuang begitu sahaja.
Tidak salah kalau kamu nak dating rich guy, cuma jangan jadikan wang itu perkara utama dalam memilih pasangan hidup. Kerana kelak kamu sendiri yang akan merana. Kenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya. Kata orang instinct orang perempuan kadang-kadang ada betulnya.