Kamu dan suami sudah berkahwin lebih dari 3 tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Pemeriksaan doktor telah pun dijalankan, baik kamu mahupun suami masing-masing tiada masalah untuk hamil. Usah putus asa, dalam zaman moden sekarang ni pelbagai cara yang boleh dicuba untuk hamil. Bagi yang beragama Islam, terdapat dua cara yang boleh dicuba.
IUI – Intrauterine Injection
Gambar: www.bayi-ibu.com
Intrauterine inseminasi melibatkan prosedur makmal dengan mengasingkan sperma yang aktif dan disuntik masuk terus ke dalam rahim isteri ketika hampir dengan tempoh ovulasi dimana telur akan dibebaskan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, kadar kejayaan untuk kali pertama percubaan diantara 15-20% sahaja.
IVF – In Vitro Fertilization
Gambar: www.bayi-ibu.com
IVF direka bagi membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopio dan tidak boleh hamil secara smeula jadi. Juga dikenali sebagai test tube baby dimana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub. Kadar kejayaan kaedah ini bergantung kepada usia wanita tersebut.
Dan bagi yang bukan beragama Islam, kamu boleh mencuba cara:
Surrogate – Ibu Tumpang
Apabila rahim isteri tidak mampu melakukan proses kehamilan atau rahimnya dibuang atas masalah kesihatan, maka proses surrogate atau rahim tumpang adalah jalan penyelesaiannya. Contoh selebriti yang melakukan kaedah ini ialah Giuliana dan Bill Rancic dimana mereka gagal dalam beberapa kali cubaan IVF dan mengambil keputusan untuk mengupah seorang ibu tunggal.
Gambar: www.eonline.com
Giuliana dan Bill menimang cahaya mata lelaki pada 29 Ogos 2012 yang diberi nama Edward.