Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage.com
Wanita itu lebih ke arah kelembutan dan feminin sama ada dari dalam atau luar. Tersudut di lubuk hati wanita sememangnya lahir akan jiwa sensitif dan sukakan perkara yang romantik. Apatah lagi jika perkara itu dilakukan sendiri oleh orang yang tersayang.
Tidak perlukan ribuan ringgit untuk menghadiahkannya dengan kejutan yang mereka sukakan, tetapi hanya dengan kemampuan dan kesungguhan yang anda ada untuk menyentuh hatinya melalui idea romantik kala bersama sudah cukup buat si dia bahagia bersama anda sebagai seorang suami atau teman hidupnya.
Ketahui idea kreatif romantik yang boleh buat si dia jatuh hati semula pada anda.
- Hadiah si dia dengan sedozen bunga ros dengan sedikit idea kreatif. 11 kuntum bunga ros merah dan sekuntum bunga ros putih. Kepilkan bersama sekeping nota dengan bertulis kata-kata indah menunjukkan si dia merupakan seorang yang yang membuat hati anda tertawan berbanding yang lain.
- Berikannya seutas jam tangan bersama nota kecil mengatakan yang setiap waktu anda pasti punya masa untuk si dia yang anda sayangi.
- Setiap perhubungan cinta pasti ada tarikh yang istimewa buat kalian memeteraikan hari itu sebagai a date to remember. Sambut hari bahagia tersebut setiap tahun dengan penuh kasih sayang dan romantik agar cinta itu sentiasa ada dengan sepenuhnya antara satu sama lain.
- Karangkan satu puisi indah buat si dia di atas sehelai kertas. Tampalkannya ke atas sekeping cardboard, potong menjadi puzzle dan hantarkannya terus ke tempat kerja satu demi satu untuk lebih kreatif.
- Jika inginkan kejutan yang lebih buat si dia terharu, bawa si dia ke tempat karaoke dan hadiahkan si dia dengan sebuah lagu.
- Gunakan sapu tangan untuk menutup mata si dia. Bawa si dia ke tempat yang tersimpan memori indah anda bersama si dia atau mungkin sebuah restoran yang menjanjikan momen romantik buat kalian berdua.
- Sesekali biarkan si dia berehat ketika cuti hujung minggu dan anda berikan si dia layanan yang sepenuhnya seperti memasak dan mengemas rumah untuk lebih romantik.