Orang selalu kata, persefahaman itu penting demi mencapai kebahagian antara suami dan isteri. Tapi kita selalu terlepas pandang atau dalam erti kata lain, mengambil mudah tentang hubungan intim antara suami dan isteri. Dalam hubungan intim juga memerlukan persefahaman, kerjasama dan juga tolak ansur demi memberikan kepuasan pada pasangan. Namun, ada juga pasangan yang berpura-pura mencapai klimaks demi menjaga hati pasangan. Ini adalah kesalahan besar yang sering dilakukan pasangan suami isteri! Kamu harus peka dengan impaknya apabila kamu fake it till you make it.
Gambar: nydailynews.com
TIDAK ADIL buat pasangan kamu! Secara tidak langsung kamu telah memberikan harapan palsu kepada pasangan. Apa yang bakal terjadi apabila harapan palsu ini dianggap serius oleh pasangan?
‘PRESTASI’ MERUNDUM kerana bagi pasangan, kamu telah mencapai klimaks walhal itu hanyalah pura-pura. Jadi pasangan akan berhenti mencuba sedaya lagi. Siapa yang akan rugi?
DIRI KAMU lama kelamaan akan mula merasakan kebosanan dalam hubungan intim. Dek kerana sikap pura-pura tadi membuatkan hubungan ranjang menjadi tidak hangat. Langkah yang patut kamu ambil?
USAH MALU untuk berbincang hal ini malah ia sebenarnya sangat membantu dalam memberikan kepuasan kedua belah pihak. Adat hidup bersuami isteri, berkongsi kisah suka duka, permasalahan dan menyelesaikan masalah bersama.
Mulai hari ni, jika kamu pengamal kaedah ‘Fake it till you make it’ lebih baik HENTIKAN! Jadilah jujur dalam hubungan intim kamu.