Duduk di rumah bukan alasan untuk anda mengabaikan pasangan. Sebaliknya, ini adalah cara terbaik untuk memperbaiki hubungan bersama si dia dan mengukuhkan lagi ikatan antara anda dan pasangan.
Berikut adalah cara yang boleh anda cuba untuk perbaiki hubungan bersama pasangan.
Mula Janjitemu Semula
Walaupun berada di rumah, anda dan pasangan perlukan masa yang berkualiti bersama. Ini boleh dicapai dengan adakan temu janji. Tidak perlu keluar rumah untuk bertemu janji. Anda boleh menonton filem bersama atau bersantai di halaman rumah sambil menngimbau kenangan lama.
Buat Projek Bersama
Hias semula bilik, berkebun, menari atau apa sahaja projek yang boleh dilakukan di rumah untuk anda habiskan masa bersama. Rahsianya di sini adalah untuk mengadakan sebanyak mungkin interaksi antara satu sama lain.
Adakan Satu Masa Istimewa Untuk Anda Bersama Si Dia
Jadikan ia satu rutin untuk menikmati kopi bersama pasangan atau bersantai selepas makan malam. Ingat, ia mesti anda bersama pasangan, tiada anak, kawan mahuun saudara dan juga tiada panggilan telefon, wifi atau yang lain. Hanya anda berdua habiskan masa bersama.
Berkongsi Minat
Salah seorang dari anda suka memasak atau bertukang? Mengapa tidak luangkan masa bersama untuk bertukang atau memasak? Karaoke di rumah bersama juga boleh jadi satu aktivti waktu senggang yang menghiburkan. Kongsi minat anda bersama pasangan dan laksanakannya.