Gambar : INGimage
1) Matang
Wanita ini tahu apa yang menjadi keutamaannya. Jarang sekali tunduk kepada kerenah remeh temeh juga hasrat kurang matang seperti wanita muda. Bila inginkan sesuatu, dengan jelas mereka tahu cara mencapainya. Janji temu jadi lebih bermakna. Mereka tidak mudah dihampakan serta tidak mempunyai khayalan tidak berasas. Wanita ini lebih rela menghargai kualiti masa dan yang paling istimewa mereka jujur, rendah diri kerana mereka lebih wajar, bijak dan berpengalaman.
2) Penampilan
Menarik Wanita berusia atau matang pernah melalui usia muda dan lebih peka akan kesukaan dan dambaan lelaki. Mereka mengasah skil saban tahun maka aksi menggoda seakan sempurna buat lelaki. Bermain cinta dengan wanita berusia membawa keseronokan berganda. Untuk menghalusi rasa, wanita ini pandai bermain cinta menawan si jejaka dengan gaya mudanya.
3) Berpengalaman
Wanita ini sudah melalui pelbagai pengalaman baik dan buruk hal percintaan. Jadi, mereka sukar menjadikan janji temu atau sesuatu hubungan yang baru itu musnah dalam sekelip mata. Jika anda salah seorang dari kekasih mereka, mereka dapat mengurus dan bertoleransi dengan bijak kerana mereka sedar akan kualiti yang ada dalam diri anda. Pengalaman beri kelebihan besar tentang cinta serta senario bertemu janji, mereka tahu apa yang dikehendaki dan tidak takut atau ragu-ragu mendapatkannya.
4) Berkeyakinan Tinggi
Bahasa badan mempengaruhi personaliti seseorang wanita. Ada kalanya wanita sering memaparkan perasaan pada penampilan, gerak geri juga mimik wajahnya. Dengan yakin, wanita yang matang sebegini peka terhadap isu personaliti dan anggapan orang terhadapnya. Pendirian yang positif juga dapat mempengaruhi perwatakan dan keperibadian. Lebih yakin mengutarakan pendapat dan sering diberi perhatian.
5) Berdikari
Memandangkan mereka sudah berusia, tentu sekali status kewangan juga lebih stabil. Lelaki tidak perlu bimbang akan isu kewangan yang bakal dihadapi bilamana berkasih dengan mereka. Wanita berusia tahu berdikari. Mereka juga telah melalui banyak pengalaman kerja. Masalah wang tidak akan timbul namun jika ia terjadi sekali-sekala, tidaklah sebesar mana. Penyelesaian bersama menemui jalan paling mudah dan matang.