Kalau mengikut adat Melayu dari zaman nenek moyang kita, menyunting gadis pilihan hati untuk dijadikan isteri perlu melalui adat merisik yang dijalankan oleh keluarga si lelaki. Merisik ialah proses bertemu antara keluarga lelaki dengan keluarga perempuan untuk bertanyakan sama ada si gadis sudah berpunya atau belum.
Gambar: telegraph.co.uk
Zaman berubah begitu juga dengan adat resam turun temurun kita. Anak muda sekarang lebih selesa merisik sendiri tanpa didahulukan dengan keluarga. Selagi perlakuan tidak melebihi batas agama, tidak salah asalkan sampai maksudnya.
Dengan kecanggihan teknologi sekarang, sudah menjadi trend merakamkan momen melamar gadis pilihan. Momen tersebut akan menjadi bualan di media laman sosial dan akan diingati oleh semua yang menontonnya.
Antara momen melamar yang EH! rasa sangat sweet untuk dikongsikan dengan anda.
Pemilik Nuffnang, Timothy Tiah melamar gadis pilihannya yang merupakan seorang blogger, Audrey Ooi Feng Ling di sebuah restoran dengan menggunakan meme atau simbol yang dicetak atas kertas.
Mobbed merupakan program realiti TV yang sangat popular di mana mereka merancang untuk memberikan kejutan kepada peserta dengan cara yang sangat menarik iaitu menari beramai-ramai sambil diiringi muzik. Ia memberi peluang kepada peserta merasakan diri seperti dalam khayalan.