Gambar:INGimage
Resah dan gelisah apabila hati berubah. Mana pergi rasa cinta yang diagungkan selama ini? Ketahui apakah tanda-tandanya apabila cinta sudah tiada lagi dihati.
- Tamatkan ini Kali terakhir anda berasa bahagia adalah sebulan lalu. Mustahil ini berlaku kerana cinta adalah lubuk bahagia. Pergaduhan dan rasa tidak puas hati memang berlaku dalam hubungan, namun apabila rasa marah itu berpanjangan sehingga bebulan lamanya, mungkin kasih sudah tidak padanya. Sehebat manapun rasa rajuk dan meluat, jika sudah sayang, dalam masa sehari pun anda sudah mula bercakap dan cuba meminta maaf atas perselisihan faham yang berlaku kerana tidak sanggup berjauhan dengannya.
- Menerawang jauh Si dia berada di depan mata, namun fikiran anda entah ke mana perginya. Tidak dinafikan kita sering menjeling nakal jejaka kacak yang melintas di depan mata. Tetapi, keadaan menjadi teruk bilamana orang lain yang sentiasa berada dalam fikiran. Anda tidak lagi fokus dengan setiap bual bicaranya serta mengambil mudah apa juga perkara yang melibatkan pasangan.
- Perbezaan matlamat Sesetengah hubungan cinta berakhir dek kerana rasa cinta yang sudah pergi. Ada juga hubungan yang tidak berpanjangan kerana kehendak dan matlamat yang berlainan. Sebagai contoh, perselisihan pendapat untuk memulakan keluarga atau menumpukan sepenuh perhatian kepada perkejaan sahaja boleh menimbulkan isu besar antara pasangan. Jadi jujur dengan diri sendiri dan ketahui apa yang anda mahu sebenarnya dalam hidup. Jangan sesekali berpijak pada matlamat hidup orang lain tanpa kerelaaan hati sendiri.