Apakah tanda-tanda yang si dia mula curang? Kami menyenaraikan empat tanda terbesar.
Gambar: saidaonline.com
1001 Alasan
Apabila di ajak berjumpa, mulalah beribu alasan di cipta. Kerja bertimbun di pejabatlah, tidak sihatlah, teman ibu pergi hospital lah. Kadang-kadang alasan yang diberi berulang kali dan ketika itu satu per satu cerita dongeng di reka.
Mula Buat Perkara Pelik
Tiba-tiba yang tidak merokok mula merokok, alasannya ‘tension dengan kerja’. Tak fasal hujung minggu mula lepak di Changkat, alasannya ‘saja nak lepak dengan kawan’. Kadang-kadang tu si dia tak berminat lagi untuk buat aktiviti yang selalu kamu berdua lakukan seperti jogging bersama.
Off Telefon
Yang ini memang akan jadi persoalan besar bila acap kali keluar bersama, dimatikan telefon bimbitnya. Alasan yang selalu dipakai, bateri habis. Bukan apa, dia risau kalau-kalau ‘madu’ kamu cari, habis kantoi kegiatan dia!
Panas Baran
Ada saja benda yang tiba-tiba jadi tidak kena di mata dia. Perkara kecil dibesar-besarkan, dan nak marah tak tentu fasal. Padahal selama ini tidak pernah pun nak cepat melenting. Ketika ini, kamu jangan provoke dia, layankan perangai dia, cakap lembut dengan dia, buat dia rasa bersalah. Mungkin dia akan berterus terang waktu itu (itupun kalau dia berperasaan).