Malam pertama adalah satu malam yang mana hubungan anda dan si dia telah pun sah di sisi agama dan segalanya adalah halal buat kalian.
Jadi, jangan diikut rasa penat itu dan biarkan malam itu berlalu begitu sahaja. Di sini EH! senaraikan lima perkara tentang apa yang lelaki mahukan ketika sesi malam pertama.
Lingerie
Hangatkan malam pertama kalian dengan suatu yang eksotik atau lebih istimewa. Jadi, memakai lingerie seksi dan menggoda sudah pastinya boleh buatkan si dia rasa tak akan cari lain punya. Tidak kisah sama ada ia adalah hadiah perkahwinan kalian atau beli khas untuk sesi di kamar kalian, semestinya ia dapat mengejutkan si dia.
Aksesori
Jangan hanya pakai lingerie sahaja. Ia sedikit klise. Jadi, sebaiknya tambah sedikit aksesori lain untuk naikkan mood berahi itu meningkat seperti kasut tumit tinggi, barang kemas dan pewarna kuku. Lelaki sukakan wanita memakai item sebegini.
Kejutan
Buatkan ia satu momen yang jaw-dropping untuk si dia kala melihat anda di kamar. Tidak hanya untuk malam pertama, boleh cuba praktikkan lebih kejutan istimewa kala malam-malam seterusnya kerana ini sedikit sebanyak menaikkan lagi nafsu berahi itu. Sebagai contoh kejutkan si dia dengan tarian atau posisi yang seksi menggoda untuk buatkan malam pertama kalian lebih teruja.
Jika si dia sudah bersedia untuk sesi di kamar untuk malam pertama kalian, si dia pastikan akan melayangkan kelopak bunga ros di atas katil berserta muzik latar yang lebih romantis dan seksi. Golnya adalah ingin melihat tepat ke dalam mata anda yang mana menyampaikan satu mesej yang dia sudah sedia untuk sesi di ranjang. Jangan risau, ia akan hadir secara semula jadi.
Sempurnakan malam pertama dengan sehabis baik
Setelah selesai sesi di kamar, ambil satu ketika untuk menunjukkan pada si dia yang mana anda bahagia dengan momen istimewa malam pertama kalian bersama. Luahkan bagaimana terujanya malam kalian dan ucapkan kata-kata manis sebagai tanda ini adalah satu permulaan baik untuk hidup kalian bersama buat selama-lamanya.
Sumber : Cosmopolitan.my