Seronok jika punya teman sekepala kala mengembara bersama namun mood akan spoil jika teman kamu itu bermasalah atau suka berfikiran negatif.
Atasi masalah ini dengan beberapa tip berguna sebagai langkah berjaga-jaga
1. SELIDIK LATAR BELAKANG SAHABAT KAMU
Walaupun kamu sudah lama kenal dengan sahabat kamu ia belum menjamin kesejahteraan kala mengembara bersama. Kadangkala orang boleh berubah-ubah. Kaji selidik secara random siapa sahabat kamu itu jangan sampai terganggu privasi dia.
2. BUAT GROUP CHAT KEMBARA
Kongsi setiap maklumat mengenai negara yang ingin kamu bercuti, pasti kan semua sahabat kamu turut berkongsi bersama agar tidaklah nampak kamu yang beria-ria dan yang lain goyang kaki. Perlu ada semangat kerjasama!
3. TENTU MAKSIMUM BAJET DAN BUAT PERANCANGAN AWAL
Sahabat kamu itu mungkin tidak punya duit yang cukup, apa kata kamu buat perancangan awal seperti lokasi mana ingin pergi atau aktiviti yang ingin dilaksanakan. Letak satu figure budjet agar semua tahu mengenai berapa ingin dibawa. Selain itu, buat schedule dari hari pertama hingga hari terakhir kamu berada di sana. Tidaklah terkejar-kejar.
4. BUAT JADUAL DENGAN TEPAT
Dengar agak renyah! Tapi dengan ada schedule dari hari pertama hinggalah hari terakhir , tak adalah kamu terkial-kial atau terkejar nak buat sesuatu perkara. Harus ingat kadang-kadang sahabat kamu itu tidak berapa suka dengan jadual yang disedia oleh kamu, terpulang kepada si dia hendak mengikuti ataupun tidak. Pilihan individu!
5. ELAKKAN MEMBAWA SAHABAT SELFISH
Dalam berkumpulan ini, kamu jangan ada sikap penting diri atau terbawa-bawa masalah peribadi kala tengah mengembara. Ia selalu terjadi jika kamu mengembara bersama sahabat wanita. Kerana masing-masing ada ego tersendiri, mereka ini depan cakap lain belakang berkata lain. Orang kata, jenis manusia bermuka-muka.
6. JANGAN ADA SIFAT KEDEKUT
Hendak kedekut kena ikut dengan suasananya. Namun, jika kamu mengembara secara berkumpulan perlu ada toleransi terhadap team yang lain. Senang bersama, susah bersama yang jangan berkira antara satu sama lain
7. LUAHKAN ISI HATI SECARA FACE-TO-FACE
Perasaan tidak puas hati sememangnya akan berlaku. Oleh itu, apa kata kamu luahkan secara berdepan, bukan cakap atau mengutuk di belakang mahupun sekadar bising dalam mesej telefon. Terus terang lebih baik daripada kamu pendam!