Bermaaf-maafan tidak semestinya hanya pada ketika hari raya sahaja.
Tidak ramai yang tahu tentang seni meminta atau memberi maaf terbaik. Petua ini bukan saja boleh anda amalkan sewaktu kunjungan musim perayaan, malah ia juga serasi rutin kehidupan.
Jujur tatkala menghadapi masalah
Anda harus bersikap terbuka. Usah ragu-ragu menjelaskan dasar masalah yang anda hadapi. Jika masalah itu adalah kesilapan, ia pasti difahami. Kata kuncinya, sila beri penjelasan dan bukannya alasan.
Berani Mengakui Kesalahan
Usah sesekali malu mengakui kesalahan tersebut. Berani berdepan dengan kesilapan diri adalah ciri-ciri orang yang berjiwa besar.
Menyesal
Menyatakan rasa kesal sejujur dan seikhlas hati. Ia pasti terbias dengan sikap yang anda tampilkan. Syaratnya, dengan jujur dan seikhlas hati.
Sedia Berubah
Maaf dan penyesalan harus disusuli dengan perubahan sikap yang dijanjikan. Mengulangi sikap yang sama bermaksud anda mencabuli kemuliaan erti maaf-bermaafan.
Gembirakan Hatinya
Usai meminta maaf, lengkapi komunikasi dengan mengerjakan perkara yang dapat menyenangkan hatinya. Dan kalau perlu, berikan perhatian yang lebih daripada biasa.
Sedia Dikritik
Usah sesekali mengamalkan sikap anda selalu betul. Lapangkan hati menerima kritikan atau pandangan adalah salah satu cara meminimumkan angkara salah faham atau pertengkaran.