Gambar: TPGVIP
Selebriti Hollywood sememangnya terkenal dengan sikap keterbukaan mereka dalam setiap aspek kehidupan. Sehinggakan cerita dalam kelambu pun boleh dijadikan topik biasa yang diceritakan kepada orang ramai. Mari ikuti rencana ini untuk mengetahui selebriti mana yang tidak segan silu untuk menceritakan kisah kehidupan seks mereka.
1. Miranda Kerr
“Suatu perkara yang saya perasan sejak saya kurang melakukan hubungan seks ialah otot badan saya menjadi kurang mantap. Lebih banyak hubungan seks yang saya lakukan, lebih mantap perut serta lengan saya.”
2. Nick Cannon
“Kami melakukan hubungan seks sambil medengar lagu Mariah.” ujar suami kepada Mariah Carey ini.
3. Olivia Wilde
“Seks dengan Jason Sudeikis adalah seperti larian maraton pelari Kenya.”
4. John Mayer
“Hubungan seks saya dan Jessica amat menakjubkan. Ianya ibarat seksual napalm. Pernahkah anda terfikir untuk berhenti dari membuat apa-apa dan hanya melakukan hubungan seks?” John Mayer menggambarkan kehidupan seks dia bersama penyanyi Jessica Simpson.
5. Heidi Klum
“Saya gemar memakai kostum. Sesetengah orang suka bereksperimen manakala yang lain pula bosan di ranjang. Kalau anda seorang yang liar, cubalah memakai kostum supaya teman anda tahu yang anda juga sukakan sesuatu yang baru.”