Ketahui jenis posisi hubungan intim yang membantu dalam menguruskan tubuh badan.
Gambar: INGimage
Tiada masa untuk ke gim mahupun bersenam? Bagaimana kalau anda boleh turun berat badan ketika sesi intimasi bersama suami? Ya, melakukan hubungan intim boleh membantu dalam membakar kalori dalam tubuh badan.
Segalanya bergantung kepada posisi seks yang dikatakan mampu untuk memberi efek pada fizikal tubuh. Dipercayai ada beberapa posisi dapat membantu tetapi bergantung kepada kesesuaian sahaja ya kerana ia bergantung kepada keselesaan serta amalan gaya hidup setiap pasangan. Jika tidak sesuai, jadikan info ini sebagai maklumat tambahan saja ya.