Sememangnya kita tahu yang isu hubungan seks bukanlah satu hal yang diperkatakan secara terbuka oleh orang kita. Ia masih dianggap tabu, apatah lagi untuk melakukannya di tempat terbuka.
Namun, tidak dinafikan ramai pasangan yang sudah bernikah tertanya-tanya adakah seks di dalam tab mandi, kolam renang atau di bawah pancuran air itu selamat.
Boleh kata keterujaan menjadi suami isteri itu pasti membuatkan sesetengahnya berani untuk mencuba hubungan intim di tempat-tempat yang luar dari kebiasaan.
Umum tahu yang mana banyak hotel-hotel mewah kini yang menyediakan kolam mandian di dalam kamar privasi dan dari situ rasa ingin tahu kenikmatan berhubungan intim di dalam kolam renang pastinya bermain di fikiran pasangan yang sudah sah bernikah, apatah lagi jika sedang berbulan madu.
Sebelum kalian bereksperimentasi, adalah lebih baik jika anda ketahui enam perkara ini terlebih dahulu.