Di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan seks.
Setelah isteri disahkan mengandung, terutama sekali hamil anak pertama sudah tentu pasangan akan berasa sangat bahagia. Tetapi di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan seks.
Mereka bimbang sekiranya melakukan persetubuhan, ia akan menjejaskan kandungan. Sebenarnya, seks ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.