Jika berusaha tidak salah. Jom baca lagi tip untuk hamil anak kembar.
Majoriti pasangan suami isteri menginginkan anak kembar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang. Ianya tidak salah untuk memasang impian kerana siapa tahu ia boleh jadi kenyataan?
Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur, genetik, dan jenis tubuh. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang tersebut.
Tetapi, ada cara lain yang mungkin anda boleh cuba untuk mendapatkan anak kembar dalam salasilah keluarga meskipun tidak ada genetik kembar dalam darah dan keturunan keluarga anda. Siapa tahu rezeki itu milik kita dan ikhtiar.