Apabila lelaki sering mengiyakan semua kata-kata si kekasih, menimbulkan pelbagai kebarangkalian yang boleh di label. Mungkin lelaki itu benar-benar bersetuju dengan kekasihnya, mungkin juga dek kerana terlalu sayangkan si gadis maka semuanya boleh, atau kerana si gadis jenis yang manja teramat pantang di bangkang membuatkan lelaki malas nak bergaduh, dan tidak mustahil juga si lelaki itu takut pada kekasihnya.
Ada sesetengah perempuan yang sukakan golongan lelaki ‘yes man’ kerana senang nak diuruskan tiada banyak bantahan. Bagi kumpulan perempuan yang begini selalunya mereka lebih dominan dalam perhubungan itu, lebih kepada menjadi ‘pemandu’ hubungan tersebut. Terdapat juga sesetengah perempuan yang tidak sukakan ‘yes man’ kerana bagi mereka lelaki perlu tegas dan memimpin pasangannya.
Gambar: www.girlchase.com
Bagaimana jika lelaki yang kamu kenal itu mempunyai ciri-ciri ‘yes man’? Uji dia dengan beberapa cara:
- Jika kebiasannya kamu sahaja yang tentukan restoran mana nak makan, apa kata sekali sekala kamu cakap yang teringin nak rasa taste makanan dia.
- Setiap apa yang kamu pilih di kedai dia kata cantik. Kali ini uji dia dengan mencuba sesuatu yang pelik dan tanya pendapat dia.
- Asyik-asyik kamu yang ajak keluar, cuba kali ini kamu diam sementara dan tunggu si dia ajak kamu dinner.
Tidak salah jika lelaki itu ‘yes man’ tapi kamu jangan ambil kesempatan kerana dia tetap lelaki dan lelaki ada egonya sendiri. Lagi-lagi jika sudah berkahwin, tak manis jika si isteri pula yang jadi ‘suami’ dalam keluarga.